Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Sunday, January 26, 2014

I Love Rasul 2014













Alhamdulillah dengan izinNya Wanita Ikram Daerah Johor Bahru Tengah telah berjaya melaksanakan program ‘I Love Rasul’ sempena dengan sambutan MaulidurRasul 1435H. Program ini telah diadakan pada hari Jumaat, 24 Januari 2014 bertempat di Kompleks IKRAM Johor di Taman Universiti, Skudai.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 2.30 petang dengan jumlah kehadiran mencecah 93 orang yang terdiri daripada kanak-kanak berumur 6 hingga 12 tahun. Seramai 24 orang telah mendaftar sebagai ahli IKRAM Junior.

Program ‘I love Rasul’ ini dimulakan dengan sesi Tazkirah yang disampaikan oleh Ustazah Siti Hasnor dengan tajuk ‘Rasulullah sebagai Qudwah’. Penyampaian yang diselang seli dengan tayangan video serta nasyid menyentuh tentang sifat-sifat Rasulullah dan sunnah-sunnahnya yang sewajarnya dicontohi. Sesi ini diakhiri dengan aktiviti menulis azam baru oleh para peserta sempena MaulidurRasul tahun ini.

Pada jam 4.00 petang, para peserta berhenti rehat untuk minum petang dan solat ‘asar berjamaah, diikuti dengan bacaan ayat-ayat suci Al Quran oleh adik Muhammad Fatih.

Program diteruskan dengan sesi kraf tangan bersama Kak Jamie. Aktiviti pertama ialah membuat corak batik bertemakan ‘I Love Rasul’ menggunakan gam dan warna.  Para peserta juga diajar cara membuat ‘finger knitting’, namun disebabkan kekangan masa, aktiviti itu tidak dapat disempurnakan dengan sebaiknya.
Pihak penganjur mengucapkan jutaan terima kasih dan jazakumulahu khairan kathira khususnya kepada pengendali dan para fasilitator serta semua yang terlibat membantu menjayakan program ini. Program berakhir pada pukul 6.30 petang.

Laporan oleh
Wanita IKRAM JBT

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor