Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Monday, August 25, 2014

Kidzania Adventure IKRAM Junior Bandaraya Johor Bahru






Tanggal 2hb Jun 2014 mungkin merupakan satu tarikh yang sukar dilupakan oleh sebahagian besar peserta-peserta Kidzania Adventure IKRAM BJB. Pada hari tersebut, seramai 22 orang  peserta IKRAM Junior (IJ) diiringi oleh 8 orang fasilitator telah melakukan satu lawatan ke Kidzania yang terletak di Mutiara Damansara, Kuala Lumpur.



Seawal jam 7 pagi, peserta-peserta dan fasi telah berkumpul di Lapanganterbang Antarabangsa Sultan Ismail, Senai, ditemani oleh ibubapa masing-masing. Peserta-peserta segak bergaya dengan T shirt IJ rekaan terkini. Masing-masing begitu teruja dan tidak sabar-sabar untuk mengikuti program yang telah diaturkan untuk mereka.

Taklimat program telah disampaikan oleh Ketua Wanita IKRAM BJB, Pn Hjh Hassenah Che Amat. Seterusnya, boarding pass telah diagihkan dan doa perjalanan telah dibacakan oleh ustaz Rofazlin Jusoh. Tepat jam 7.30 pagi, IJ telah beratur memasuki balai berlepas melalui kawalan keselamatan. Penerbangan Firefly dari Senai ke Lapanganterbang Subang mengambil masa lebih kurang satu jam.Pengalaman menaiki pesawat amat menyeronokkan, terutama bagi bagi mereka yang baru pertama kali berpeluang menaikinya.

Seterusnya, IJ telah menaiki bas yang disediakan untuk membawa mereka ke Kidzania. Setibanya di sana, mereka disambut oleh pekerja-pekerja Kidzania memandangkan pihak Wanita BJB telah membuat tempahan awal. Dalam empat jam berikutnya, mereka telah melalui pelbagai pengalaman menarik yang tak mungkin dapat dilupakan.

Antaranya, mereka merasai pengalaman menjadi ahli bomba, membaca berita,memanjat gunung, berada di kilang choklat, berada di jabatan-jabatan kerajaan seperti LHDN, di bank dan sebagainya.

Setelah menghabiskan masa selama  empat jam di Kidzania, mereka menaiki bas untuk ke Lapanganterbang Subang semula. Di sana, mereka menunaikan solat jamak zohor dan asar. Setelah itu, mereka telah di bawa oleh fasilitator untuk makan malam. Tepat pukul 8.30 malam, mereka bertolak pulang ke Johor Bahru menaiki penerbangan Firefly.

Kesemua IJ dan para fasi selamat tiba di lapanganterbang Senai pada pukul 9.30 malam.





No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor