Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Sunday, February 01, 2015

Explorace ' I Love Rasulullah' IKRAM Junior BJB


Pada hari Jumaat, 30 Jan 2015 bermula jam 3 petang, Wanita IKRAM Bandaraya Johor Bahru telah bekerjasama dengan AJK Biro Dakwah & Pendidikan Masjid Jamek Bandar Baru Uda dalam mengendalikan Program Explorace kanak-kanak berumur 7-13 tahun. Seramai 68 orang kanak-kanak menyertai aktiviti ini. Kebanyakan kanak-kanak ini adalah dari kawasan sekitar Bandar Baru Uda.



Explorace ini bertemakan "I Love Rasulullah" di mana setiap checkpoint adalah berkisar tentang Rasulullah saw. Sebelum Explorace bermula, peserta disajikan dengan sedikit pengisian tentang 'Akhlak Rasulullah' oleh Abang Yeop dari IKRAM Teens BJB. Seramai 8 orang AJK Wanita IKRAM BJB dan 16 orang fasi terlibat dalam menjayakan explorace ini. 


Pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga diberikan hadiah hamper berupa alat tulis dan pemenang saguhati diberikan "goodie bag" sebagai cenderahati. Selain itu, sekitar 70 keping pamplet 'Stay safe' telah diedarkan kepada peserta dan ibu bapa yang menjemput anak-anak. Program IKRAM Junior kali ini dihadiri oleh kanak-kanak yang belum menjadi ahli IKRAM Junior. Justeru, pihak kami telah mendapatkan maklumat mereka untuk diajak ke program-program IKRAM Junior yang akan datang.

Alhamdulillah program kerjasama ini berjalan dengan baik dan tamat kira-kira jam 6.30 petang.
Banyak ilmu baru dan pengalaman menarik yang ditimba dalam program ini. Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita semua meneruskan usaha dakwah ini. Akhir kalam, jazakumullah khairan kathira kepada semua yang bersama menjayakan Explorace ini, semoga usaha kecil ini diganjari dengan sebaik2 ganjaran. 

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor