Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Pengenalan


Pendidikan anak-anak merupakan satu proses jangka panjang yang memerlukan usaha dan komitmen yang bukan sedikit. Metod yang tepat diperlukan dalam pembentukan individu muslim.
Oleh sebab itu Rasulullah SAW sentiasa menekankan proses pendidikan para sahabat dan generasi pertama muslim. Pendidikan yang berteraskan sistem Rabbani : pendidikan berteraskan kebersamaan Allah dan redhaNya merupakan satu sistem pendidikan yang paling unggul dan sesuai dengan tabiat semulajadi manusia.
Tanggungjawab pendidikan yang pertama dan utama adalah amanah kepada ibu bapa. Pendidikan atau usaha-usaha pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak lain hanyalah pelengkap bagi menyempurnakan pendidikan anak-anak. Namun peranan ini tetap merupakan tujuan terpenting dalam kehidupan dan kemaslahatan umat. 

Oleh itu IKRAM Junior telah mengambil inisiatif membangunkan Program Pembangunan  IKRAM Junior. Beberapa elemen penting telah diambil kira dalam usaha mewujudkan serta memantapkan program pendidikan anak-anak. Elemen utama dalam pogram ini adalah pembinaan serta penyusunan Modul iQ IKRAM Junior dan program pelatihan bagi fasilitator. Selain itu, penyediaan Pusat Sumber, Media dan Pusat IKRAM Junior juga merupakan elemen penting dalam membantu anak-anak dan ibu bapa serta pendididik mendapat akses maklumat melalui aktiviti yang terancang.

Visi
Terbentuknya generasi kanak-kanak; yang memiliki syahsiah Islamiah; yang mempelopori nilai-nilai islam dalam persekitarannya; dan yang bersedia meladeni masyarakat.

Misi 
1. Memiliki 10 ciri-ciri tahap asas peribadi muslim pada usia 12 tahun.
2. Peribadinya menjadi medan pengaruh kepada lingkungan persekitaran
3. Melahirkan kanak-kanak kreatif yang mampu menciptakan suasana islam         yang menyeluruh di persekitarannya (ruhiah)
4. Melahirkan ‘geng’ IKRAM JUNIOR yang menjadi batubata piramid                     (pendokong kepada IKRAM) yang kukuh dalam IKRAM
5. Peka dan empati terhadap masyarakat dan persekitaran

Moto
Giat Bermanfaat, Generasi Hebat


IKRAM Junior Johor




Di antara tujuan penubuhan:

  • Bagi menyusun perancangan strategik perlaksanaan program kanak-kanak di antara 7 -12 tahun.
  • Membantu IKRAM Junior Pusat untuk  memberi ide dan pemikiran tentang polisi berkaitan kanak-kanak.
  • Menubuhkan panel bagi membangunkan program kanak-kanak dan meluaskan program untuk berbilang bangsa - konsep silang budaya.
  • Memberi tumpuan kepada  isu nasional berkenaan kanak-kanak seperti penderaan, pengabaian dan lain-lain. 

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor