Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Wednesday, December 25, 2013

Sayangi adik beradik

Gambar hiasan
Shuaib menerima kereta dari abangnya sebagai hadiah hari raya. Pada pagi raya semasa dia keluar dari rumahnya, ia terserempak dengan seorang budak yang sedang menikmati kecantikan kereta barunya. "Ini kereta pak cik ke?" tanya budak itu. "Kereta itu dihadiahkan oleh abang pak cik." Budak itu nampak terkejut.
"Adakah abang pak cik hadiahkan pada pak cik... dan pak cik tak perlu bayar walau satu sen pun? Alangkah baiknya jika ..." Shuaib sudah mengagak apa yang akan dikatakan oleh budak itu. Dia tentu mengharap agar mempunyai abang yang dapat menghadiahkan kereta padanya. Tapi sangkaan Shuaib meleset. "Alangkah baiknya jika saya jadi abang seperti abang Pak cik."

Shuaib merenung wajah budak itu dan mengajak nya untuk naik kereta barunya. Budak itu memohon agar bawanya ke hadapan rumahnya. Shuaib sudah menjangka yang budak itu nak tunjukkan pada jiran-jirannya. Sangkaan beliau meleset lagi. Setelah tiba di depan rumahnya, budak itu mohon diberhentikan keretanya. Budak itu meluru masuk rumahnya. Sebentar lagi budak itu keluar tapi kali ini tidak berlari tetapi dengan perlahan-lahan membawa adiknya yang cacat. Dia bawa adiknya dan menunjukkan kereta tersebut pada adiknya.

"Inilah kereta yang abang katakan pada adik tadi. Abangnya berikan kepada dia secara percuma. Satu hari abang akan belikan kereta seperti ini pada adi. Dan adik boleh lihat banyak pandangan yang cantik di sini."

Satu pengajaran yang besar dapat dipelajari oleh Shuaib pada hari tersebut.... Beliau sedar apa yang di nyatakan oleh Rasulullah saw: "Love for your brother what you love for yourself"

Dipetik dari Islamic Stories for Muslims and Non Muslims - android applications.

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor