Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Tuesday, May 20, 2014

Mari Solat Anakku oleh IKRAM Junior Kulaijaya


Alhamdulillah, pada hari Sabtu 17hb Mei 2014, Wanita IKRAM, IKRAM Junior dan JK Pembangunan Masyarakat IKRAM Kulaijaya telah mengadakan aktiviti ‘Mari Solat Anakku’ di Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Senai (LTASI). 


Aktiviti yang sangat menarik yang melibatkan penyertaan dari ayah dan ibu sebagai fasilitator kepada aktiviti ‘Jelajah Solat’ yang dilakukan oleh kanak-kanak. Turut diadakan ialah sesi penyerahan amanah solat antara ayah ibu dan anak-anak. Seramai 32 ayah ibu serta 80 kanak-kanak telah hadir bersama dalam program ‘Mari Solat Anakku’. 

Diakhir program setiap peserta kanak-kanak mendapat tabung Ramadhan dan borang mutabaah amalan Ramadhan sebagai cenderahati. IKRAM Kulaijaya mengucapkan Jazakumullahu Khairan Kathira kepada semua yang terlibat menjayakan program ‘Mari Solat Anakku’ termasuk kepada pihak Masjid LTASI yang telah membenarkan IKRAM Kulaijaya menggunakan ruang di masjid untuk menjalankan aktiviti.

Gambar-gambar boleh dilihat di sini

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor