Ads 468x60px

PUSAT KECEMERLANGAN IKRAM JUNIOR JOHOR
(Pusat Kecemerlangan Ummu Aiman)
Kompleks IKRAM Johor,
10-11, Jln Pendidikan 3, Taman Universiti,
Skudai, Johor

Tuesday, May 27, 2014

Majlis Apresiasi Jasa Ibu IKRAM Junior JBT



Satu program IKRAM Junior bertajuk Majlis Apresiasi Jasa Ibu telah diadakan oleh Wanita IKRAM Johor Bahru Tengah dengan kerjasama unit Khidmat Masyarakat IKRAM JBT dan Helwa Masjid At-Takwa Taman Pulai Utama. Program diadakan di Masjid Taman Pulai Utama pada 24 Mei 2014.

Seramai lebih dari 50 kanak- kanak termasuk 30 kanak-kanak yatim dari Raudhatul Maryam (Bayam) telah menyertai majlis ini. Kumpulan Saff One telah sudi 'entertain' anak-anak dalam acara ramah mesra, senamrobik dan dendangan nasyid. 

Mereka juga telah membuat kad ucapan hari ibu untuk ibu-ibu tersayang. Anak-anak juga dapat berhibur bersama para ibu dalam Majlis Apresiasi Jasa Ibu pada sesi penutup. Terbayang kegembiraan di wajah mereka apabila mereka menyaksikan telatah abang-abang Saff One. Majlis tamat kira- kira jam 12 tengahari

Gambar-gambar boleh dilihat di sini

No comments:

Post a Comment

 

Mengenai

Alamat

Pusat Kecemerlangan IKRAM Junior Johor
Kompleks IKRAM Johor
10-11, Jln Pendidikan 3,
Taman Universiti, Skudai, Johor