Jauh berjalan, luas pemandangan. Di samping menambahkan pengetahuan sains, jaulah ini juga adik-adik ini didedahkan akan adab-adab bermusafir dan akhlak di tempat awam. Selain itu, pengetahuan anak-anak IJ berkenaan solat jamak dan qasar juga dapat dipraktikkan dalam jaulah kali ini.
Peserta begitu teruja sepanjang
perjalanan jaulah kerana selain menimba pengalaman baru melihat tempat orang,
mereka juga dapat merapatkan ukhuwah dan saling berkenalan sesama mereka
sepanjang perjalanan.
Jaulah ini berjalan dengan lancar dengan
kerjasama pengiring dan disiplin anak-anak IJ. Jaulah ini insyaallah
meninggalkan kenangan manis dan
ilmu-ilmu baru yang bermanfaat untuk ahli-ahli IJ.
No comments:
Post a Comment